PNM Digital

Apa itu PNM Digital???

PNM Digital merupakan salah satu inisiatif daripada Perpustakaan Negara Malaysia dalam menyediakan maklumat kepada pengguna secara digital/elektronik dari pelbagai sumber pangkalan data yang telah dilanggan, Ianya boleh diakses dalam talian (online) secara PERCUMA sebaik saja pengguna telah mendaftar sebagai "Ahli PNM Digital".

Proses pendaftaran keahlian adalah PERCUMA dan boleh dilakukan secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang PNM DIGITAL: http://www.pnmdigital.gov.my/.


Berikut merupakan panduan untuk pendaftaran sebagai ahli PNM Digital.


Panduan Pendaftaran PNM Digital.

1. Layari laman sesawang: http://www.pnmdigital.gov.my/

Antaramuka PNM Digital

2. Klik "Mendaftarlah Sekarang".

3. Isikan maklumat yag diperlukan di dalam borang yang disediakan. Pastikan anda menggunakan akaun e-mail yang masih aktif.


4. Pilih subjek atau bidang yang anda minat. Anda dibenarkan untuk memilih lebih dari satu pilihan.

5. Selesai membuat pilihan, klik butang "Submit/Hantar".

6. Sila semak e-mel yang anda telah gunakan untuk mendaftar. Kata laluan sementara telah diberikan melalui e-mel untuk anda akses log masuk ke dalam portal PNM Digital.

7. Log masuk dengan menggunakan NO KAD PENGENALAN dan KATA LALUAN SEMENTARA yang telah diberikan.

8. Anda dikehendaki menukar Kata Laluan Sementara melalui pautan yang telah diberikan oleh PNM Digital di dalam e-mel untuk tujuan keselamatan dan memudahkan anda untuk mengakses di masa akan datang.


Klik link dibawah untuk dapatkan risalah mengenai PNM Digital:
Risalah PNM Digital

Untuk maklumat lanjut, sila berjumpa terus dengan Pegawai/Pustakawan di Perpustakaan ataupun anda boleh menghantar pertanyaan melalui emel pustakaungkuomar@gmail.com.



"Selamat Mendaftar"

0 comments:

Post a Comment

 
CSS: #iefix { position:relative; z-index:1000;