PERATURAN PERPUSTAKAAN


1. Beg-beg, bungkusan besar dan fail berkulit tebal serta  berpoket tidak boleh dibawa ke dalam perpustakaan. sila tinggalkan di rak-rak yang disediakan sebelum masuk ke perpustakaan.


2. Pengguna perpustakaan mestilah berkelakuan baik dan bersopan santun dalam perpustakaan:


  • Butang baju mesti dikenakan
  • Baju mesti dimasukkan ke dalam
  • Dilarang memakai selipar/sandal
  • Dilarang berdua-duaan
  • Dilarang memakai pakaian menjolok mata


3. Sunyi senyap diwajibkan dalam perpustakaan. perbualan yang boleh mengganggu ketenangan adalah ditegah.

4. Perbincangan boleh dibuat di bilik perbincangan dengan tidak menimbulkan ganggua kepada pengguna lain diluar bilik perbincangan.

5. Merokok, makan dan minum tidak dibenarkan dalam perpustakaan. sebarang botol minuman termasuk air mineral tidak dibenarkan sama sekali dibawa masuk ke perpustakaan.

6. Menempah tempat duduk dengan meletak fail atau jaket tidak dibenarkan.

7. Memindahkan buku-buku atau bahan-bahan lain dari satu rak ke rak yang lain adalah ditegah

8. Jangan menyusun kembali buku-buku yang telah digunakan di rak-rak buku. letaklah di troli-troli buku yang disediakan. buku-buku tidak boleh ditinggalkan bersepah di atas meja atau rak.

9. Majalah, suratkahabar, buletin jurnal dan kertas soalan peperiksan lampau yang telah digunakan mesti disusun kembali ke tempat asalnya.

10. Perabot perpustakaan telah sedia teratur. pengguna-pengguna dilarang mengalih perabot tersebut atau menyalahgunakannya.

11. Kertas dan sampah sarap tidak boleh dibuang merata-rata tempat. sampah harus dibuang ke dalam bakul sampah yang telah disediakan.

12. Hendaklah memakai atau membawa kad pelajar apabila memasuki perpustakaan. pelajar tidak dibenarkan masuk perpustakaan sekiranya tidak memakai kad pelajar ini.

13. Sesiapa yang berkelakuan mencurigakan atau cuba menipu dengan tujuan mencuri buku, majalah dan bahan-bahan lain atau sengaja merosakkan bahan perpustakaan akan disoal dan seterusnya dihukum jika sabit kesalahan.

14. Kakitangan perpustakaan berhak menegur dan seterusnya mengambil tindakan ynag sewajarnya terhadap pengguna-pengguna perpustakaan yang ingkar dan melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

15. Pihak perpustakaan berhak membuat perubahan dalam peraturan-peraturan perpustakaan dari masa ke semasa sekiranya keadaan memerlukan.







0 comments:

Post a Comment

 
CSS: #iefix { position:relative; z-index:1000;