AKTIVITI/PROGRAM PERPUSTAKAAN 2018

Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak Perpustakaan PUO bagi tahun 2018:

1. PROGRAM TALENT QUEST 2018

Program Talent Quest 2018 merupakan program usahasama Jabatan Pengajian Am dengan Unit Perpustakaan. Program ini mempunyai 4 pertandingan yang khusus bagi mencungkil bakat dan kreativiti peserta. Objektif program antara lainnya adalah untuk membina keyakinan diri dalam setiap pelajar apabila bercakap di khalayak ramai dan seterusnya dapat meningkat kemahiran dalam menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Berikut adalah pertandingan yang dilaksanakan dalam Program Talent Quest 2018:

1.       Pertandingan Debat Ala Parlimen
Tarikh: 13 – 14 Januari 2018
Masa: 8.00 hingga 5.00 petang
Tempat: DK JKA, Bilik Kuliah Blok A & B dan Dataran Ilmu

2.      Pertandingan ‘Storytelling & News Casting’
Tarikh: 15-16 Januari 2018
Masa: 10.00 pagi hingga 4.00 petang

3.      Pertandingan ‘Stage Plight’
Tarikh: 2.00 petang hingga 4.00 petang
Tempat: Ruang Atas, Perpustakaan PUO

4.      Majlis Penutup ‘A Night of Glittering Stars’
Tarikh: 16 Januari 2018
Masa: 8.00 malam
Tempat: Dewan Jubli PUO

2. FORUM LET'S HIJRAH TOGETHER


Forum  Let’s Hijrah Together merupakan program Kelab KORPUS ILMU Perpustakaan PUO di bantu oleh jawatankuasa-jawatankuasa Persatuan Siswa Islam (PSSI), Pembimbing Rakan Siswa (PRS) dan Persatuan Silat Gayong Serantau Malaysia Politeknik Ungku Omar (PSGSMPUO) . Program telah diadakan pada 20 Februari 2018,  jam 8.00 malam - 10.30 malam,  bertempat di Dewan jubli, PUO. Tujuan utama forum ini diadakan bagi menarik minat para pelajar PUO menghadiri majlis-majlis ilmu agama sekaligus mempelajari ilmu agama dengan lebih mendalam. Antara aktiviti yang berlaku sepanjang forum ialah gimik pembukaan dari Persatuan Silat Gayong PUO, pergerakan tabung derma, forum agama, persembahan daripada Ustaz Huri, dan Persembahan dari Halawa Voice.

3. PROGRAM REKREASI LUAR KE GUA TEMPURUNG

Program telah dikendalikan oleh Kelab KORPUS ILMU Perpustakaan PUO ynag berlangsug pada 24 Februari 2018. Program ini telah disertai oleh ahli Kelab KORPUS ILMU dan juga staf perpustakaan.  Gua tempurung merupakan salah satu tempat pelancongan di negeri Perak yang mempunyai panorama gua yang indah dan menawarkan aktiviti-aktiviti lasak kepada mereka yang gemar akan aktiviti luar. Aktiviti memasuki Gua Tempurung ini telah dilakukan sehingga platform 3 dan mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit dengan bantuan renjer. Antara lain objektif program adalah memberi pengetahuan/kemahiran kepada golongan mahasiswa dan mahasiswi akan pentingnya pemuliharaan gua dan segala eko sistemnya dengan lebih baik supaya khazanah alam boleh kekal indah.

4. PROGRAM GALAKAN MEMBACA 2018: MEMBACA PEMANGKIN MAHASISWA CAKNA


Program Galakan Membaca 2018 diadakan pada 12 Mac 2018– 20 Mac 2018 dan dirancang bertujuan untuk menggalak dan menarik minat warga PUO amnya dan para pelajar PUO khasnya untuk menghayati dan mengamalkan budaya membaca dalam pembelajaran dan seterusnya menerapkan budaya membaca dalam gaya hidup mereka. Selain itu, program ini juga dilaksanakan dengan tema Membaca Pemangkin Mahasiswa Cakna bagi memupuk sifat keprihatinan di dalam diri pelajar. Program Galakan Membaca ini telah diadakan di Perpustakaan PUO bermula 9.00 pagi - 5.00 petang.

Pengisian Program:


  • .    Pameran Agensi Dadah Kebangsaan
  • .    Wacana Buku
  • .    Shelving Challenge
  • .    Book Bingo
  • .    Fictionary
  • .    Kuiz Kahoot!
  •    Perasmian Penutup Program Galakan Membaca

J   5. Jom Membaca Bersama untuk 10 minit 2018
       Jom Baca Bersama untuk 10 Minit dianjurkan sempena Hari Buku Sedunia yang merupakan acara tahunan anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Jom Baca Bersama untuk 10 Minit adalah inspirasi daripada kempen Earth Hour tahun 2010 yang mengajak orang ramai supaya memadamkan lampu selama sejam untuk menyelamatkan bumi dari masalah ketirisan lapisan ozon. Program ini dijalankan pada 24 April setiap tahun selama 10 minit pada jam 11.00 - 11.10 pagi. 





     6. UNGKU OMAR BRITISH PARLIAMENTARY DEBATING TOURNAMENT 2018

Program ini adalah program kolaborasi Kelab Debat Bahasa Inggeris PUO, Unit Bahasa, Jabatan Pengajian Am dengan Unit Perpustakaan. Pertandingan ini diharapkan dapat membantu para pembahas yang berpotensi dari Institusi Pendidikan dan Latihan dan Latihan Teknikal (VET) mencuba cabaran baru yang secara langsung akan meningkatkan kecekapan mereka dalam kemahiran komunikasi dan meningkatkan pengetahuan umum mereka berkaitan isu global semasa. Tema kejohanan ini adalah 'Merangkul Cabaran Abad Ke-21.' Pertandingan debat ini merupakan kali ke-2 diadakan yang melibatkan 25 institusi pendidikan dan TVET dari serantau Asia. 

  7. PROGRAM SATU JAM BERSAMA AL-QURAN 2018

Program satu jam bersama al-Quran merupakan program anjuran dari Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) yang dijalankan serentak seluruh negara. Bagi menyokong program yang dijalankan serentak di seluruh negara ini, pihak perpustakaan PUO telah mengambil inisiatif dengan melakukan perkara yang sama di mana 1 jam diperuntukkan untuk membaca Al-Quran. Majlis ini berlangsung pada hari Isnin, 22 Ramadan 1439H bersamaan 7 Jun 2018 bermula dari 12.00 - 1.00 tengahari. Majlis ini yang berlangsung di perpustakaan dihadiri oleh kakitangan PUO dan para pelajar. Diharapkan majlis sebegini dapat mengangkat Al-Quran ke tempat yang lebih tinggi dan menjadi landasan kepada kehidupan seharian umat Islam seterusnya menggalakkan masysrakat Islam untuk membaca Al-Quran.

  8.Taklimat Perkhidmatan Perpustakaan Kepada Pelajar Baharu Sesi Jun 2018


Taklimat ini telah diadakan pada minggu suai kenal pelajar-pelajar baharu bagi sesi Jun 2018 bertempat di Dewan Jubli PUO pada 15 Jun 2018. Penyampaian maklumat seperti perkhidmatan dan peraturan-peraturan perpustakaan menjadi agenda utama. Selain itu, pelajar baru juga turut didedahkan kepada sistem yang terdapat di perpustakaan PUO seperti sistem pencarian buku dan cara menggunakannya di samping mempromosikan bahan rujukan seperti e-book perpustakakaan PUO dan PNM Digital.

  9. BENGKEL ‘DIVERSE CHARACTER IN LEADERSHIP’

Bengkel ‘Diverse Character in Leadership’ ini dijalankan dengan bertujuan untuk mengenalpasti bakat dan kepimpinan Kelab KORPUS Ilmu. Bengkel ini juga bertujuan untuk memupuk kemahiran kepimpinan srta sikap yang positif. Bagi menjayakan program ini, pihak Kelab dan perpustakaan telah menjemput En. Amir Azli, Pegawai Kaunseling, PUO sebagai moderator bengkel. Watikah perlantikan kepimpinan kelab yang baharu juga telah disampaikan di penghujung bengkel ini.

  10. PROGRAM TALENT QUEST 2.0 2018


     Program Talent Quest 2018 merupakan program usahasama Jabatan Pengajian Am dengan Unit Perpustakaan. Program ini mempunyai 7 pertandingan yang khusus bagi mencungkil bakat dan kreativiti peserta di samping meningkatkan lgi penguasaan Bahasa Inggeris. Berikut adalah pertandingan yang dilaksanakan dalam Program Talent Quest 2.0 2018:

  1.       1. Debate Challenge 2018
     Tarikh: 1 – 8 Ogos 2018
     Masa: 9.00 pagi hingga 4.00 petang
     Tempat: Perpustakaan PUO

  1.         Cherishing Negaraku
    Tarikh: 1 - 20 Ogos 2018
    Platform: Instagram (puolovemalaysia)

  1.        Live! On-Air!!
    Tarikh: 2.00 petang hingga 4.00 petang
    Tempat: TECC, PUO

  1.   4.  Broadcast Your Talent!
     Tarikh: 10 ogos 2018
     Masa: 2.00 petang – 4.00 petang
     Tempat: UPSIK, PUO

            5.      Film Shorties

            6.      Story-rama Talents
                 Tarikh: 7/8, 10/8 & 14/8/2018
                 Masa: 2.00 petang – 5.00 petang
                 Tempat: Perpustakaan, PUO




           7.      The Loudspeakers
               Tarkih: 7/8/2018 & 10/8/2018
                Masa: 2.00 petang – 5.00 petang
                Tempat: Perpustakaan, PUO



          11. PROGRAM GALAKAN MEMBACA SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN 2018


Program Galakan Membaca sempena Bulan Kemerdekaan merupakan salah satu program yang dijalankan untuk memupuk semangat patriotic dalam jiwa pelajar agar sentiasa sayang dan cinta akan negara serta berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan yang telah kita capai pada ahri ini.  Program ini juga dapat mencungkil bakat terpendam para peserta secara menyeluruh. Selain itu, pelajar dapat mengeratkan silaturahim serta bekerjasama dalam melakukan apa jua aktiviti. Di samping itu, program sebegini dapat membuka ruang dan peluang kepada pelajar-pelajar menggunakan kreativiti dan idea mereka sepanjang akktivti dijalankan. Program ini telah dijalankan pada 26 Ogos 2018 di Student Centre PUO  dan Perpustakaan PUO di mana melibatkan 36 orang pelajar (ahli aktif Kelab KORPUS Ilmu) termasuk barisan kepimpinan Kelab KORPUS Ilmu.

      Pengisian Program:

        1.    Indoor Games
Dart, Archi Building, Chess, Karom, Sahibba, Congkak, Batu Seremban, Modelling

        2.    Debat Peringkat Pimpinan Kelab KORPUS Ilmu


        3.    Penutup Program
Majlis perasmian penutup Program Galakan Membaca Sempena Bulan Kemerdekaan bertempat di Perpustakaan PUO yang dihadiri oleh Ketua Unit Perpustakaan, staf perpustakaan dan para pemenang bagi setiap acara. Tentatif pada hari penutup adalah seperti berikut:

a.         Ucapan Ketua Unit Perpustakaan
b.         Penyampaian hadiah bagi aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang Program


12. Taklimat Perkhidmatan Perpustakaan bagi Pelajar Baharu Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam Dengan Kepujian, Ambilan September 2018

     Taklimat ini telah diadakan pada minggu suai kenal pelajar-pelajar baharu bagi sesi     September 2018 bertempat di Dewan Jubli PUO pada 28 Ogos 2018. Penyampaian     maklumat seperti perkhidmatan dan peraturan-peraturan perpustakaan menjadi agenda     utama. Selain itu, pelajar baru juga turut didedahkan kepada sistem yang terdapat di   perpustakaan PUO seperti sistem pencarian buku dan cara menggunakannya di samping   mempromosikan bahan rujukan seperti e-book perpustakakaan PUO dan PNM Digital.
       Taklimat ini telah disampaikan oleh Puan Norlaina Mohd Razi, Pustakawan PUO.

     13. LAWATAN “COLLABORATION WITH POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM  MU’ADZAM SHAH”
  
     Program “Collaboration with Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah” ini dijalankan pada 22 & 23 September 2018, dengan tujuan untuk menilai taraf perpustakaan dengan standard di politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Program ini bertujuan untuk memupuk kemahiran kepimpinan serta sikap yang positif. Di samping itu, program ini juga dapat membina keakraban sesama ahli Kelab KORPUS Ilmu dan membuka mata pelajar terutama ahli baharu Kelab KORPUS Ilmu akan imej perpustakaan di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. 

     14. Kelas Literasi Maklumat 2018


     Kelas Literasi Maklumat ini merupakan inisiatif Ketua Unit Perpustakaan, Pn. Nurhafiza Binti Jusoh, dalam memberi pendedahan kepada pelajar semester 1 bagi setiap Jabatan terhadap literasi maklumat yang berkesan. Kelas Literasi Maklumat ini disampaikan sendiri oleh Pn. Norhafiza selama 8 hari bermula 25/9/2018 - 5/10/2018 bertempat di Bilik Ibnu Sirin & Firnas, Perpustakaan PUO. Antara lain objektif yang ingin dicapai melalui kelas atau taklimat sebegini adalah untuk memastikan para pelajar sedia maklum tentang perkhidmatan Perpustakaan PUO dan Perpustakaan Negara Malaysia amnya. Perkhidmatan seperti e-book dan U-pustaka di ketengahkan bagi memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kemudahan baru yang diperkenalkan oleh perpustakaan bagi tujuan rujukan para pengguna.

   15. PERTANDINGAN BOWLING ANTARA KELAB SEMPENA HARI SUKAN NEGARA 2018

Program “Bowling Tournament” adalah pertandingan yang dijalankan bagi memupuk keyakinan diri yang tinggi serta memberi peluang kepada ahli kelab dan staf untuk mengeratkan hubungan sekaligus memberi pengalaman yang bernakna untuk mereka. Program ini dilaksanakan pada 14/10/2018 di Ampang Superbowl, Ipoh Parade, Perak. Pertandingan seperti ini menjadi medan untuk peserta menunjukkan bakat, kebolehan dan keupayaan bersaing dalam kalangan mereka. Selain itu, pertandingan ini juga dapat mengajar semangat berpasukan antara mereka.











0 comments:

Post a Comment

 
CSS: #iefix { position:relative; z-index:1000;