AKTIVITI /PROGRAM PERPUSTAKAAN 2016

Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak Perpustakaan PUO bagi tahun 2016:


1. Hari Explorasi Ilmu PPUO 2016

-Program ini merupakan usahasama unit perpustakaan, Kelab KORPUS ILMU dan juga pelajar latihan industri (LI) daripada UiTM Cawangan Kedah.

- Program ini berlansung selama Empat(4) hari iaitu bermula dari 14 Mac hingga 17 Mac 2016

- Antara aktiviti yang di jalankan sepanjang program tersebut ialah:

  • Nampak ker?
  • Awak kat mana
  • Capture the moment
  • Bengkel bibliografi
  • Dont't walk but run
  • Jom baca
2. Sukaneka Kelab KORPUS ILMU 2016

- Program ini merupakan aktiviti dari kelab KORPUS ILMU yang disokong oleh unit perpustakaan serta di bantu oleh pelajar latihan industri (LI) UiTM Cawangan Kedah.

- Semua ahli kelab KORPUS ILMU di jemput untuk meyertai permainan yang telah disediakan oleh penganjur

-  Program ini diadakan pada 19 Mac 2016

- Antara permainan yang diadakan ialah 
  • Belon air 
  • Gelung berantai
  • Cabutan bertuah
3. Mini Pesta Buku PUO 2016

- Program ini adalah satu program yang melibatkan pembekal buku luar dari PUO yang bertujuan untuk menggalakkan pelajar PUO membaca buku dan membelanjakan baucer buku BB1M.

- Program ini berlangsung selama 2 hari iaitu 7 April dan 8 April 2016.


4. Taklimat Perkhidmatan Perpustakaan Politeknik Ungku Omar Kepada Pelajar Baru Sesi Jun 2016

-Taklimat berlangsung pada 15/6/2016 bertempat di Dewan Jubli PUO.

-Pustakawan, Puan Norlaina Mohd Razi dan pelajar latihan industri, Cik Rosmaria Anis telah memberi takliamt mengenai jenis-jenis  perkhidmatan  yang terdapat di perpustakaan.

 - Taklimat ini juga memberi pendedahan kepada para pelajar tentang sistem yang digunapakai untuk pencarian buku di perpustakaan bagi tujuan mendapatkan buku yang diingini dalam masa yang singkat.

5. 1 Jam Bersama A-Quran

- Majlis 1 jam Bersama A-Quran ini diadakan di perpustakaan melibatkan staf PUO dan para pelajar berlangsung pada 24 Ramadan 1437H, bersamaan 29 Jun 2016.

-Aktiviti ini salah satu inisiatif pihak perpustakaan bagi menyokong program yang diadakan serentak di seluruh negara ini dengan memperuntukkan masa selama satu jam untuk membaca Al-Quran bermula dari 12.00 -1.00 tengahari.


6. Program Galakan Membaca 2016 

- Program Galakan Membaca ini bertujuan untuk menggalakkan semua warga PUO, para pelajar khususnya, menghayati dan mengamalkan budaya membaca dalam pembelajaran dan seterusnya menerapkan budaya membaca ke dalam gaya hidup mereka. Program ini diadakan sempena sambutan bulan kemerdekaan dalam usaha memantapkan dan meningkatkan semangat nasionalisme di kalangan pelajar.


- Program ini bermula pada 15/8 - 9/9/2016 bertempat di Perpustakaan PUO.

-Pengisian program adalah seperti berikut:

i) Pameran Projek Kemerdekaan
ii) Debat Bahasa Inggeris
iii) Indoor Games - Catur, Dart & Karom
iv) Tayangan Filem Patriotisme (Kapsul, Bravo, Hati Malaya, Estet, Darah Satria, Bukit Kepung & Tanda Putra)
v) Pertandingan Lagu Patriotisme
vi) Peminjam Paling Aktif
vii) Taklimat PNM Digital
viii) Senamtari / Aerobik

7. Program Santai Buku

- Suatu program yang dianjurkan untuk menarik minat pelajar Politeknik Ungku Omar datang ke perpustakaan. Program ini terbuka kepada semua pelajar PUO yang ingin berkongsi idea atau pendapat mereka mengenai buku kegemaran mereka atau mana-mana buku yang terdapat di perpustakaan. Pelajar diminta memberi ulasan, idea atau pandangan mengenai buku yang dibaca. Mana-mana pelajar yang dapat memberikan ulasan atau idea yang menarik dengan penyampaian yang kreatif akan menerima hadiah dan sijil. Program ini dikelola oleh pelajar-pelajar latihan industri dari UITM, Kedah iaitu Norsolehah Binti Mohd Yusop dan Nor Illyyina Binti Hassan.

- Program ini bermula 16/12/2016 - 21/12/2016

0 comments:

Post a Comment

 
CSS: #iefix { position:relative; z-index:1000;