PENGENALAN PERPUSTAKAAN


PERPUSTAKAAN POLITEKNIK UNGKU OMAR





Perpustakaan Politeknik Ungku Omar ditubuhkan serentak dengan penubuhan Politeknik Ungku Omar pada tahun 1969. Diawal penubuhannya Perpustakaan ini terletak di Bangunan Pentadbiran PUO yang dikendalikan oleh kakitangan Pentadbiran Politeknik. Pada sekitar tahun 1975, Perpustakaan ini berpindah ke bangunan khusus yang lebih selesa yang boleh menempatkan lebih kurang 100 pengguna dalam satu-satu masa. Perpustakaan ini memberikan perkhidmatan kepada semua pelajar dan kakitangan PUO. Bangunan perpustakaan dua tingkat ini mempunyai keluasan lantainya 2000 meter persegi.
Pada tahun 1998, secara beransur-ansur, pengurusan perpustakaan telah diambilalih oleh kakitangan sokongan lantikan Jabatan Perpustakaan Negara Malaysia. Pada tahun 2001, seramai 4 orang Pembantu Perpustakaan dari Jabatan Perpustakaan Negara Malaysia telah ditempatkan di Perpustakaan ini. Seterusnya pada tahun 2004, Pengurusan Perpustakaan telah dikendalikan sepenuhnya oleh Ketua Unit Perpustakaan, Pustakawan, Penolong Pustakawan dan  6 orang Pembantu Perpustakaan.
Di awal penubuhannya hingga tahun 2006, Perpustakaan PUO menggunakan Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey atau lebih dikenali sebagai DDC bagi menguruskan koleksinya. Pada tahun 2007, Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey telah ditukarkan kepada Sistem Pengkelasan Library of Congress Classification atau LCC. Kemudian, DCC telah digunakan kembali sehingga kini.

0 comments:

Post a Comment

 
CSS: #iefix { position:relative; z-index:1000;