Makluman Semasa


2017

1. Kelab Debat Bahasa Inggeris PUO dan Unit Bahasa, Jabatan Pengajian Am dengan kerjasama Unit Perpustakaan PUO akan menganjurkan pertandingan debat Bahasa Inggeris ala Parlimen iaitu 'Ungku Omar British Parliamentary Debating Tournament 2017' (UOBPDT17) pada:
Tarikh: 13 - 16 Ogos 2017 (Ahad - Rabu)
Masa: 8:00 pagi hingga 10:00 malam
Tempat: Dataran Ilmu, Dewan Kuliah 1 (Kejuruteraan Awam), beberapa bilik-bilik kuliah di Blok A dan B dan Dewan Jubli
Untuk makluman pertandingan debat ini julung kalinya ditawarkan kepada institusi TVET di rantau ASEAN dan mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan dan sebanyak 32 pasukan akan beradu untuk hadiah-hadiah lumayan. Setakat ini, sebanyak 16 sekolah premier, politeknik (Malaysia & Indonesia) serta institutsi awam telah berdaftar untuk menyertai pertandingan debat bahasa Inggeris sulung PUO:
- Politeknik Ungku Omar, Ipoh
- Tenby International, Ipoh
- Politeknik Melaka, Melaka
- Politeknik Hulu Terengganu, Terengganu
- Politeknik Kota Bahru, Kelantan
- Politeknik Negeri Padang, Indonesia
- Politeknik Negeri Medan, Indonesia
- Politeknik Neger Sriwijaya, Indonesia
- Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam
- Politeknik Sulatn Haji Ahmad Shah, Kuantan
- Politeknik Metro Kuantan, Pahang
- SMK Methodist (ACS), Ipoh
- Tuanku Abdul Rahman School (STAR), Ipoh
- UNITEN, Serdang
Semoga pengajuran pertandingan debat Bahasa Inggeris ini akan menjadi satu lagi pencapaian PUO sebagai peneraju Politeknik Malaysia dalam pelbagai bidang.








2. Program Galakan Membaca 2017 akan bermula pada 10/8/2017 - 12/9/2017 bertempat di Perpustakaan PUO. Beberapa aktiviti melibatkan pelajar dan kakitangan PUO telah dirancang melalui program ini. Antara aktiviti yang bakal dijalankan adalah :


  • Pameran Kemerdekaan, Asean Dan Setem beserta kuiz
  • Ungku Omar British Parliamentrary Debating Tournament
  • Information Hunt
  • Peminjam Paling Aktif









3. Emerald Publishing telah memberi laluan kepada PUO bagi sesi percubaan langganan eJornal dan case study bagi beberapa kategori koleksi di bawah :
1. Accounting, Finance and Economics
2. Business Management and Strategy
3. Engineering
4. Tourism and Hospitality
5. Marketing
6. Property Management and Built Environment
Untuk mendapatkan bahan rujukan tersebut, Unit Teknologi Maklumat PUO telah menambah pautan kepada perkhidmatan ini di dalam web melalui pautan ebook Library di dalam Sistem iPUO.




2018



1. PROMOSI PINJAMAN E-BUKU (LUAR NEGARA)
Perpustakaan Digital, Perpustakaan Negara Malaysia
Sila ikuti langkah-langkah mudah seperti berikut:
1) Sila ke google play atau apps store
2) Download apps library & add library "National Library of Malaysia"
3) Sign in/Add card menggunakan library card "pnm001 hingga pnm999"
ATAU
Layari pnm.overdrive.com dan ikuti langkah 3 di atas
Tempoh pinjaman bahan ialah seminggu & percuma

2. Program World #QuranHour!

Program  ini akan diadakan pada 7/6/2018, jam 9.00 pagi - 10.00 pagi bertempat di Bilik Ibnu Sirin, Perpustakaan PUO. Semua warga PUO dijemput hadir bagi menjayakan program ini. Bacaan Al-Quran ini akan dipimpin oleh Ustaz Ahmad Fkrudin b Mohamed Yusoff dari Jabatan Pengajian AM, PUO.





2019

1. Perpustakaan Negera Malaysia (PNM) menganjurkan Pertandingan Video Kreatif u-Pustaka dengan slogan “Utamakan Pengetahuan, Ingatlah u-Pustaka” yang membawa mesej perkongsian pengalaman yang terindah dan terbaik perkhidmatan u-Pustaka atau berkongsi pengalaman semasa menggunakan perkhidmatan u-Pustaka. Pertandingan ini dibuka mulai 1 Januari 2019 hingga 31 Mac 2019 dan boleh disertai oleh semua warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai ahli u-Pustaka.
Maklumat lengkap boleh diperolehi di www.u-pustaka.gov.my.

No photo description available.

2. Jom sama-sama memeriahkan Larian Ulat Buku U-Pustaka 2019! 


No photo description available.

3. Koleksi Monograf Rujukan Luar Negara Terkini ! Untuk mendapatkan koleksi berkenaan, tuan/puan boleh rujuk di Aras 3, Rujukan Luar Negara, Anjung Bestari, Perpustakaan Negara Malaysia.




4. Perpustakaan PUO akan mengadakan program Jom Baca Bersama 10 Minit! di peringkat Politeknik Ungku Omar pada 23 April 2019 bertempat di ruang legar Perpustakaan PUO. Pernyertaan bagi program ini adalah terdiri daripada staf sokongan akademik, pensyarah dan pelajar. Jom Baca Bersama 10 Minit merupakan anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dalam usaha memupuk minat membaca di kalangan masyarakat Malaysia. Program ini dilaksanakan serentak di seluruh negara nermula 11.00 pagi - 11.10 pagi.






5. Koleksi Monograf Malaysiana Terkini ! Para pengguna boleh mengunjungi Pusat Rujukan Malaysiana dan Luar Negara, Aras 7, Menara Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia bagi melihat bahan  bacaan tersebut dengan lebih dekat lagi.





2020


1. Perpustakaan Negara Malysia telah melancarkan 1 site di mana sesiapa sahaja boleh membaca buku secara online di pautan :

http://www.pnm.elib.com.my/

Buku-buku boleh di baca dengan cara:
1) Register maklumat diri dalam portal tersebut
2) Log in
3) Untuk membaca, tekan pada butang "Borrow"

Selamat Membaca!


2. Perpustakaan Digital ZINIO PNM





3. Pertandingan Penukisan 'Menempuh Covid-19 :Suatu Pengalaman'



4. Perpustakaan PUO akan mengadakan program Jom Baca Bersama 10 Minit di peringkat Politeknik Ungku Omar pada 23 April 2020. Pernyertaan bagi program ini adalah terdiri daripada staf sokongan akademik, pensyarah dan pelajar. Jom Baca Bersama 10 Minit merupakan anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dalam usaha memupuk minat membaca di kalangan masyarakat Malaysia. Program ini dilaksanakan serentak di seluruh negara bermula 11.00 pagi - 11.10 pagi.



                                           2021

1. Unit Perpustakaan PUO akan mengadakan Pameran Maya Sempena Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2021 yang disambut pada 23 April setiap tahun di seluruh dunia. Pameran ini akan diadakan pada 12 – 30 April 2021 melalui pautan youtube.

 


2. Perpustakaan PUO akan mengadakan program Jom Baca Bersama 10 Minit di peringkat Politeknik Ungku Omar pada 22 April 2021. Pernyertaan bagi program ini adalah terdiri daripada staf sokongan akademik, pensyarah dan pelajar. Jom Baca Bersama 10 Minit merupakan anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dalam usaha memupuk minat membaca di kalangan masyarakat Malaysia. Program ini dilaksanakan serentak di seluruh negara bermula 11.00 pagi - 11.10 pagi.



3. 
Unit Perpustakaan PUO akan mengadakan kuiz sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia secara atas talian (online) pada 26 April 2021 (Isnin). Kuiz ini terbuka kepada semua kakitangan PUO.



4. Unit Perpustakaan PUO akan mengadakan pertandingan Merdeka Tik Tok Challenge secara atas talian (online) pada 26 Ogos – 16 September 2021. Penyertaan diwajibkan pada setiap jabatan akademik dan terbuka kepada semua kakitangan PUO.




0 comments:

Post a Comment

 
CSS: #iefix { position:relative; z-index:1000;