AKTIVITI/PROGRAM PERPUSTAKAAN 2017


Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak Perpustakaan PUO bagi tahun 2017:



1) Taklimat & Aplikasi Pencarian E-book 2017

- Taklimat ini diadalan di tingkat 1, ruang bacaan Perpustakaan PUO bagi tujuan memberi pendedahan tentang aplikasi e-book dan cara mengaplikasi sistem e-book tersebut. 



- Aplikasi e-book merupakan suatu inisiatif baru perpustakaan dalam memudahkan pengguna khususnya para pelajar dan pensyarah dalam mendapatkan bahan rujukan. 



- Taklimat ini berlangsung pada 10/1/2017 di mana pihak perpustakaan bekerjasama dengan wakil-wakil dari Syarikat Areesh Education and Trading Sdn Bhd mengadakan taklimat ringkas dan padat tentang penggunaan sistem e-book di Politeknik Ungku Omar.



- Taklimat ini berlangsung dari jam 9.30 pagi - 4.00 petang, melibatkan staf, pensyarah-pensyarah dan para pelajar.


2) Sukaneka Kelab KORPUS ILMU 2017

- Sukeneka Kelab KORPUS ILMU dijalankan oleh Kelab Perpustakaan PUO. Program ini telah berlangsung pada 11/2/2017 bertempat di Padang Hadapan Perpustakaan PUO


- Program ini bertujuan untuk menarik minat pelajar untuk menyertai Kelab KORPUS ILMU PUO, di samping mengeratkan lagi hubungan antara kakitangan perpustakaan dengan ahli Kelab.


-Hadiah disediakan bagi pemenang untuk acara sukaneka ini.





3) Unity Through Knowledge : Antara Kelab Perpustakaan Politeknik PUO, PSAS dan Port Dickson

Program ini diadakan pada 4 Mac 2017, kerjasama antara Politeknik PSAS, Port Dickson dan PUO yang nelibatkan ahli-ahli kelab perpustakaan bagi ketiga-tiga politeknik ini. Program ini telah dijalankan di dua tempat iaitu di Perpustakaan PUO dan Pusat Bowling Meru, Ipoh.


- Program ini adalah bertujuan unutk merapatkan silaturahim antara ahli kelab dan staf perpustakaan bagi ketiga-tiga politeknik ini.



4) "Library OPEN Day"

- "Library Open Day" telah berlangsung pada 13 - 30 Mac 2017 di Perpustakaan politeknik Ungku Omar. Program ini dikelola oleh pelajar praktikal dari UITM, Kedah, Cik Sharifah Nur Amira Binti Syed Ahmad Agil.


- Program ini bertujuan untuk memupuk semangat silaturahim antara pelajar di samping mengurangkan tekanan serta merehatkan minda mereka sebelum menghadapi peperiksaan yang akan diadakan pada bulan April.


- Antara pengisian program adalah:
i.                    Sudut Negeri Perak
ii.                  “Guess the Page”
iii.                Bicara Buku
iv.                “Traditional Game”
v.          "Information Hunt"

5) Jom Membaca Bersama 10 Minit 2017

-Jom Membaca Bersama 10 minit ini berlangsung pada 25 April 2017 bermula jam 11.00 pagi di Perpustakaan Politeknik Ungku Omar.  Program ini dihadiri oleh staf dan pelajar Politeknik Ungku Omar.

-Jom Membaca Bersama 10 minit ini merupakan satu usaha untuk menyokong inisiatif Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dalam memupuk semangat membaca di kalangan masyarakat Malaysia pada masa kini dan akan datang.


6) TAKLIMAT PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN PELAJAR BAHARU SESI JUN 2017

- Taklimat ini telah diadakan pada minggu suai kenal pelajar-pelajar baharu bagi sesi Jun 2017 bertempat di Dewan Jubli PUO. Dua orang wakil dari perpustakaan iaitu Encik Abdul Halim bin Abdul Hamid, Penolong Pegawai Pustakawan dan seorang pelajar latihan industri, Cik Sharifah Nur Amirah Binti Syed Ahmad Agil telah memberi taklimat mengenai jenis-jenis perkhidmatan yang terdapat di perpustakaan dan secara tidak langsung memperkenalkan perpustakaan PUO kepada para pelajar. 

7) PROGRAM SATU JAM BERSAMA AL-QURAN 2017 

-Majlis 1 jam Bersama A-Quran ini diadakan di perpustakaan melibatkan staf PUO dan para pelajar berlangsung pada 24 Ramadan 1438H, bersamaan 19 Jun 2017.

-Aktiviti ini salah satu inisiatif pihak perpustakaan bagi menyokong program yang diadakan serentak di seluruh negara ini dengan memperuntukkan masa selama satu jam untuk membaca Al-Quran bermula dari 12.00 -1.00 tengahari.

8) PROGRAM GALAKAN MEMBACA 2017

- Program Galakan Membaca dirancang bertujuan untuk menggalak dan menarik minat warga PUO amnya dan para pelajar PUO khasnya untuk menghayati dan mengamalkan budaya membaca dalam pembelajaran dan seterusnya menerapkan budaya membaca ke dalam gaya hidup mereka. Program galakan membaca merupaka acara tahunan Politeknik Ungku Omar yang dikendalikan oleh Unit Perpustakaan sebagai kesinambungan kepada program galakan membaca di peringkat kebangsaan. Ianya nerupakan satu usaha bagi menyahut seruan kerajaan agar setiap rakyat Malaysia menerapkan budaya atau aktiviti membaca dalam kehidupan kerana ianya dapat menajam dan membentuk ‘kuasa pemikiran’ dalam kalangan para pembacanya.

- Selain itu, program ini juga dilaksanakan sempena bulan kemerdekaan dalam usaha memantap dan meningkatkan semangat nasionalisme dalam kalangan pelajar PUO. Semangat nasionalisme adalah penting sebagai pemangkin jati diri dalam diri seseorang individu, khasnya warga PUO. Justeru itu, program seumpama ini berupaya melonjakkan patriotism dalam kalangan warga PUO disamping membentuk rasa menghargai dan menghayati khazanah ilmu dan warisan intelektual.

Pengisian Program:

i. Pameran Setem

ii. Pameran Perhilitan

iii. Pameran ASEAN dan Kemerdekaan

iv. Pertandingan debat Bahasa Inggeris 2017

v. Peminjam Paling Aktif

vi. Information Hunt

vii. Perasmian Penutup


9)PERTANDINGAN BOWLING ANTARA KELAB SEMPENA SAMBUTAN BULAN MEMBACA PERINGKAT PUO 2017

- Pertandingan bowling antara kelab-kelab di PUO ini adalah merupakan anjuran Kelab KORPUS ILMU, Politeknik Ungku Omar sempena dengan Sambutan Bulan Membaca Peringkat PUO. Ia bermatlamat untuk menggalakkan penyertaan ahli-ahli dan staf setiap kelab dalam acara sukan sebagai aktiviti mengeratkan silaturahim. Pertandingan ini merupakan satu program yang dirancang bagi mencungkil bakat-bakat terpendam dalam diri ahli-ahli kelan dan staf dalam sukan bowling. Pertandingan ini juga dijalankan bagi memupuk keyakinan diri yang tinggi serta memberi pendedahan kepada ahli-ahli dalam setiap kelab untuk berinteraksi dengan dunia luar sekaligus memberi pengalaman bermakna bagi mereka. Pertandingan ini menjadi medan untuk ahli-ahli dan staf setiap kelab menunjukkan bakat, kebolehan dan keupayaan bersaing di aklangan mereka. Aktiviti seperti ini juga dapat membina proses sosialisasi, keyakinan dan pembawaan diri yang positif.


10) PROGRAM DISKUSI BUKU SEMPENA LIBRARY OPEN DAY


- Diskusi buku ini merupakan sebuah program wicara. Tujuan program ini dilaksanakan bagi memperluaskan pengetahuan serta memperoleh banyak pengalaman serta berkongsi idea dan pendapat. Diskusi adalah pertukaran fikiran, pendapat antara dua orang atau lebih secara lisan dengan tujuan mencari kesepakatan atau kesefahaman pendapat. Bagi program ini, Unit Perpustakaan memilih untuk membicarakan buku Blur dan Mageddo dan telah menjemput 4 penulis buku iaitu:

· Pn. Norin – penulis buku Blur
· Pn. Ezatul Marini - penulis buku Blur
· Web Sutera – penulis buku Mageddo
· En. Amir – promosi dan jualan


- Selain itu, pihak perpustakaan juga menjemput 3 wakil dari beberapa institusi pengajian yang lain bagi menjayakan program diskusi buku ini. Institusi-institusi tersebut adalah:

· Perpustakaan Negeri Perak
· Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
· Matrikulasi Gopeng
· Perpustakaan Hospital Raja Bainun
· Kolej Sains Kesihatan Bersekutu
· Sekolah Sains Tunku Abdul Rahman (STAR)
· Sekolah Raja chulan


11) LAWATAN PENANDA ARAS & PERKONGSIAN ILMU (APACC)
DENGAN POLITEKNIK PORT DICKSON


- Perpustakaan PUO telah mengadakan Lawatan Penanda Aras bagi pemantapan APACC ke Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan pada 20 September 2017. Seramai 22 orang pelajar yang terdiri daripada ahli Kelab KORPUS ILMU dan 4 orang staf perpustakaan telah menjayakan lawatan ini. Lawatan ini bertujuan untuk meningkatkan mutu pengurusan perpustakaan puo di samping berkongsi ilmu dan kemahiran dalam mengendalikan APACC. Selain itu, lawatan ini juga memberi peluang kepada ahli kelab dalam meluaskan pengetahuan mereka tentang pengurusan dan perkhidmatan perpustakaan. 


12) PROGRAM INDOOR GAMES KELAB KORPUS ILMU 2017

- Pertandingan permainan dalaman ini adalah salah satu pendekatan pihak perpustakaan untuk menarik minat pelajar mengunjungi perpustakaan sepanjang program ini dijalankan. Selain itu, aktiviti ini dapat memupuk semangat kesukanan di kalangan pelajar di samping dapat mengeratkan silaturahim khususnya di kalangan ahli-ahli kelab. Pihak perpustakaan menyediakan hadiah untuk johan, naib johan dan tempat ketiga bagi setiap permainan. Antara permainan yang dipertandingkan adalah Karom, Congkak, Dart, Catur dan sahibba.



























0 comments:

Post a Comment

 
CSS: #iefix { position:relative; z-index:1000;